BIRTHDAY LABEL


Beberapa hari nie since buka sekolah. Otak nie dah mula sibuk sikit dengan berbagai perancangan dan juga ada beberapa hal kerja perlu disiapkan. Mana lagi kebetulan juga boleh dikatakan malang tak berbau..Secara tak sedar tiba - tiba tersalah langkah sewaktu hendak turun dari tangga pas membersihkan rak kucing dan menyebabkan ibu jari kaki nie terseliuh. Akhirnya pergilah ke Sing Sang dengan erti kata lain perubatan cina. Nak kata sakit memang sakit tapi urat yang terseliuh dirawat dengan hanya tolak tarik urat nie..Nak kata nak menangis tapi tak dapat..Yang pasti suara nie kedengaran sampai ke luar rumah akibat tak tahan dengan kesakitan.

Pergi mengajar dengan kaki yang masih bengkak dan few days nie syukur juga dengan makan ubat untuk meredakan bengkak dan kesakitan di sampung menyapu ubat sapu kesakitan dan bengkak beransur - ansur pulih dengan ubat yang diberikan oleh doktor klinik Swasta.

Dalam mengurangkan pergerakkan otak nie tetap bergerak dengan beberapa idea yang perlu dibuat berkaitan dengan keceriaan kelas. 

Hasil lukis dengan power point. Tag Label Hari Jadi Kanak - Kanak.








No comments

TD will not be responsible for any comment left by the readers.
Thank You