JENIS BATUK DAN KAHAK PADA PESAKIT

Musim Hujan dan Panas yang sekejap - sekejap  nie sah mesti ramai tak sihat. Antara TD sendiri nie pun tak sihat..

Mungkin salah satu kurang rehat dan kesan - kesan setiap kali melakukan rawatan pada diri ini.

BATUK merupakan RAKAN/ SAHABAT BAIK kepada SELESEMA dan DEMAM. Apabila ini bertemu memang sah lah KEBABOM especially bagi yang mempunyai tahap antibodi yang tak kuat melawan PENYAKIT RAKAN/SAHABAT BAIK ini..Dan tak lupa mereka yang mempunyai PENYAKIT ALLERGIC berkaitan HIDUNG.


JENIS BATUK DAN KAHAK PADA PESAKIT

Mari kita kenali akan Penyakit BATUK


JENIS DAN CIRI:

  1. Batuk tak berkahak
  • Akan merasa kering, gatal/perit kat tekak
  • Rasa gatal yg kering di tekak mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak/dry cough/irritative cough
  • Kebiasaan disebabkan jangkitan virus or tindak balas akibat alahan dan biasanyer pulih sendiri

      2. Batuk dalam dada dan berkahak/chesty cough 
  • Apabila batuk dari dada dan mengeluarkan kahak menandakan jangkitan didalam paru adalah tanda serangan bronchitis and pneunomia.
  • Jika kahak berwarna hijau, kuning seperti warna karat. Dan kelihatan seperti ada darah pada  kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit kemungkinan akan bertambah teruk..

     3.Batuk dari dada tapi tak berkahak
  • Batuk dalam dada dan tidak mengeluarkan kahak
  • Menandakan kesesakan dlm paru2


TANDA PENYAKIT DAN SIFAT KAHAK: 


1. Berwarna putih dan jernih/lebih cair
  • Selalunya tidak menunjukkan sebarang penyakit

2. Berwarna putih, berbuih dan dalam kuantiti yang banyak
  • Timbul pada pesakit bronkitis kronik dan Perokok tegar.

3. Berwana hijau, coklat or kuning
  • Menandakan terdapat jangkitan dalam paru seperti bronkitis, pneunomia or jangkitan pada saluran penafasan

4. Ada campiuran kahak berdarah
  • Menandakan penyakit dalam paru - paru (karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism dll)


Info : Mr Google/ Pengalaman sendiri berdasarkan penerangan doktor

1 comment:

TD will not be responsible for any comment left by the readers.
Thank You